hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

ASUS A43SV-SX053V Sesuai Untuk Gamers

Salam semua, harini ak nak share kehebatan laptop asus A43SV ni. Laptop ni agak power dgn harga yang ak bleh cakap berpatutan. grafiknya bukanlah high-end tetapi dalam keluarga laptop ia bleh dikatakan mid-end (kalau banding dengan desktop gc laptop ni low end).

Meh kita tengok kat spec dia:
- Intel® Core™ i5-2410M Processor (3M Cache, 2.30 GHz) 2-Core, 4 thread
- Genuine Windows 7 Home Premium (64 Bit)
- 14" HD Color Shine (LED)
- 4GB DDR3 RAM

Mana aku nak letak muka aku ni?

Haritu aku balik kampung. banyak cerita2 baru yg aku dengar dan yg paling menyakitkan telinga aku ialah sepupuku ditangkap basah.Ya allah, mcm mna la benda ni bleh blaku. kat mana la silapnya. malu aku malu. tapi nak buat mcm mna, nasik dah jadi bubur, bubur plak terlebih air, x sedap dimakan, tpaksa la terima kenyataan. Baru tingkatan lima dah gatal nak berlaki. Bodoh aku katakan.

Nak dijadikan cerita, dlm kol 2 pg, dia keluar rumah senyap2 melalui lubang yang dibuat sendiri di biliknya. bapaknya pon x perasan yg dia keluar malam itu. pastu ada org kmpung nmpak dia klua. then report kat bpk dia. cek2 dlm bilik mmg dah x da. bantal disusun mcm org tngh tidur n diselimut elok2 (mcm dlm movie jer). bapak dia pon x tau dia pg mana. sbb x tau nak carik kt mana, diorg tunggu je la kat dpn rumah. dlm kol 5 balak dia hantar balik nik keta. apa lagi, serbu la ramai2. yg bestnyer, balaknyer hanya pakai boxer. kejadahnyer, mmg sah2 la kantoi. Klau ye pon cover2 la sikit. sengal lutut. tapi dorang x ngaku jugak. ap lagi, bila dah cakap dgn mulut x berkesan, maka kaki dan tangan pulaklah yg bercakap. kalau aku ada kat situ, lunyai ak kerjakan budak tu, terima kasih jugek kat org kampung sbb tolong belasahkan untuk aku. da la balaknya sebaya dgn aku, buat malu jer. bodoh.

[WAJIB BACA] Ikhtilat antara Lelaki & Perempuan

Anda couple? jika ya, anda perlu baca. jika tidak pon digalakkan juga.

IKHTILAT
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi(bukan muhrim). Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Ni aku petik dari I Love islam kalau nak lebih lanjut boleh la gi situ.

Batas2 pergulan antara lelaki dan perempuan

Pasangan couple, tapi dah macam pasangan suami isteri. Apa hukumnya? anda sudah belajar dan anda ada jawapannya. Inilah yg banyak berlaku di malaysia. Baru bercouple tapi lagaknya mengalahkan org yg sudah bernikah. Berpegangan tangan sewaktu berjalan, berpelukan di taman2 yg sunyi, tinggal serumah dan yang paling teruk berzina. Betul ke ada yang sampai tahap berzina? Islam ke mereka tu? kalau bukan melayu siapa lagi. kalau mereka tidak berzina tiadalah kes2 buang bayi, gugurkan kandungan, bunuh diri disebabkan mengandung, dll.

Budak ENGIN(UIA) dijangka ke Pagoh 2012

Menurut Berita Harian Online , pelajar2 engin akan dipindahkan ke pagoh. sejauh mana kebenaran berita ini? aku pon x tau bila tarikh yg sebenar kita pelajar engin akan dipindahkan kesana.


Aku jugak x tahu sama ada semua pelajar gombak akan dipindahkan kesana, ataupun hanya new intake sahaja. kita sama2lah tunggu dan lihat ya.

Mengapa Pagoh?
Bagi aku, baik habiskan belajar di gombak. sebab sudah biasa dengan gombak dan senang nak balik rumah. kalau pagoh, mmg susah la nak balik perak tu, jauh. duit minyak pon naiklah. selain itu, kat gombak ni sangat bagus untuk aku meneruskan bisnes menjual komputer, sebab supplier banyak kat kl. di pagoh, mana ak nak carik suplier. lowyat pon jauh. jadi, harga laptop disana mungkin sedikit mahal dah keuntunganku akan berkurang. rugi la mcm ni..hehe..

Tapi, lek luhhh..jangan bwt kesimpulan awal. setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya.

Pagoh? Apa yang BEST sangat tentang pagoh ni?
Sedar atau tidak, paguh merupakan satu tempat yang menarik dan banyak rahsia disebaliknya. Pagoh juga merupakan tempat bersejarah seperti melaka, pasir salak, dll. cuma ceritanya sahaja yg berlainan

SEJARAH
Mengikut sejarahmalaysia.pnm.my
"Pagoh is a historical district on the banks of the Sungei Muar. On two occasions it became the refuge of fleeing Sultan. First in 1377, when the Javanese conquered Temasik which is now known as Singapura, Parameswara fled to Pagoh and lived there for some time before he went to Melaka. In 1511, when the Portuguese captured Melaka, Sultan Mahmud Syah and his family fled to Pagoh. But unfortunately the Portuguese continued to harass them, attacking Pagoh and driving the Sultan away."

Lagi cerita tentang Pagoh.
Mengikut cerita secara lisan dari warga emas yang ada ia adalah ringkasan atau gabungan bagi perkataan ” PAGAR YANG TEGUH ” lalu menjadi PAGOH. Selain itu ada juga yang mengatakan ia adalah sempena nama seorang yang berbangsa cina yang mengasaskan Pagoh iaitu “PAH GOH”.

Another version
Pagoh yang bermaksud 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

Pagoh merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Terdapat sebuah lagi kubu yang dipanggil Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

LOKASI
Kalau anda perhatikan peta kawasan Pagoh, sekelilingnya adalah kampung. Cuba anda bayangkan bertapa damainya jika berada di kampung. Pejamkan mata anda dan bayangkan angin sepoi2 bahasa dengan udara yang segar. Best kot, rasa damai jer otak ni. Tempat2 beginilah yang sesuai untuk para pelajar. Mengapa? kerana ia jauh dari godaan kota raya yang mencabar. Maka, kuranglah aktiviti yang tidak berfaedah korang lakukan seterusnya dpt mengurangkan maksiat.

Lagi yang bestnya, cuba korang tengok kampung di sekelilingnya. Ada nama Kampung Kelompang, Berohol, dll. daripada namanya, aku boleh nampak yang penduduknya adalah berbangsa jawa. Well, aku orang jawa jugak. Boleh la ak speaking dengan diorang nanti. Best woo jawe ni. "Kabare wak? wes mangan porong?" yg bermaksud "Apa kabar pak cik? dah makan belum". Ada jugak pantun dua kerat versi jawa yang popular "Iwak kotok iwak leleh, matane ngantok wetenge ngelih" yang bermaksud "Ikan haruan ikan keli, matanya ngantuk perutnya lapar".

TEMPAT2 MENARIK DI PAGOH
Tidak seperti di gombak yang berdekatan dengan bandar kl, Pagoh sangat jauh dari kemajuan kota raya dan masih kurang membangun(bandar paling dekat Muar, ad ap yek kat Muar tu? ak pon x tau. nanti kita sama2lah explore). Tapi harus diingat, banyak tempat2 menarik disana(area Pagoh). Antaranya:

1. Makam Sultan Melaka ketujuh, Sultan Alauddin Riayat Shah I Ibni Sultan Muzaffar Shah
2. Kolam air panas di Gersik, best woo mandi kolam air panas ni. dikatakan boleh menyihatkan badan.
3. Muzium Polis Bukit Kepong, ingat cerita Bukit Kepong?
4. Taman Monyet Tanjung Ketapan, jangan korang yang jadi monyet sudah.
5. Nasuha Herbs Garden, taman herba terbesar di Malaysia.
6. Air Terjun Sagil, di kaki Gunung Ledang. dak wataniah nanti bleh la buat kem kat gunung tu. Best22..
7. Dusun Damai

Bagi mereka yang suka makan, Johor juga ada makanan sendiri yg perlu dicuba. Ak pon nak cuba jugak. Macam sedap jer.

Mee Bandung

Mee sanggul

Asam Pedas Parit Jawa.

Tak sabar rasanya nak pindah kesana, tapi bijak jugak uia ni, dah tau budak engin nak pindah tempat, dia pegi buat blok baru tok dak ICT. guna je la blok engin tu. membazir jer. btw, mungkin uia ad plan sendiri, mana la tau dak ict adalah yg teramai kat uia, smpi x ckup blok baru tu. maka blok enginlah yg akan digunakan. maybe..

Baiklah kawan2, sampai sini jer cerita paguh, perut aku dah lapa ni. tengok makanan tu bertambah2 laparnye. k..choww..assalamualaikum..

p/s: klu ada benda yg korang nak share, post jer kat komen tu. ak pon x tau sangat Pagoh ni sbb bukan tmpat aku

Mem"ping" IP anda untuk menstabilkan internet

Disebabkan ramai yg masih belum faham dan banyak permintaan daripada rakan, aku buat tutorial ni. ping bukanlah menghack ataupun yg sedemikian dengannya. ping dah sedia ada dlm windows dan cuma kita saja yg x tahu mggunaknnya..

Apa itu ping?
refer sini .
apa yg kita bakal buat ialah menstabilkan connection internet. maknanya "mungkin" tidak akan putus talian dengan host.

Berkesan ke ping ni?
well, tengok luck..slalu ak buat mmg berkesan. 20% improvement. speed bertambah..

Legal ke ping ni?

ak x tau pinging legal ke x. tapi ak dah google dan ramai yg cakap pinging legal. so, kalau anda apply ping, risiko tanggung sendiri.

Apa keburukan ping? effect?

ak dah aply ping hampir 3 tahun, stakat ni ok ja, x da masaalah. x da effect kat system mahupun os.

Macam mana nak ping?

Caranya:
1. Tekan start menu,
2. search run.
3. Bukak run.

4. Taip cmd
5. Ok

6. Taip ipconfig /all dan hit enter
7. Cari ip address anda, kalau window 7 dia tulis IPv4/6. di belakang ip tersebut ada (prefered). salin nombor tersebut kerna memudahkan anda pada waktu akan datang untuk ping (lain internet/pc lain ip address)

8. dah dapat ip adress, taip pula ping -t
contoh: ping 101.202.303.404 -t
biarkan sja ia run, jangan pangkah, klu terpangkah kna bwt semula ping -t tu.


NOTE:
-korang kena ping tiap kali connect internet.
-minimize jah, jangan close cmd tu slps me"run" ping
-risiko tanggung sendiri, ak cuma bagi guide jer

selamat mencuba.

p/s: ad pertannyaan, post jer kat sini or carik ak kat fb.

[WAJIB BACA] Apa TUJUAN anda ber"couple"?

PASANGAN COUPLE DIGALAKKAN BACA [MODE: SERIOUS (ada masa kita gurau, ada masa kita serius. kau jngn mintak squad) sory, ak bnyk guna short form, x: tak, 2: kata ganda]

Sehingga kini aku masih memikirkan apakah tujuan muda-mudi yang beragama ISLAM di malaysia ber"couple".
dalam fikiranku terlintas mungkin anda semua bercouple disebabkan "trend", bajet stylo la couple2 ni? kat sini dengan bangganya aku katakan yg aku tidak bercouple. so ak ni x stylo la ye?.
"nak carik calon isteri/suami yang ideal", ni aku sokong. tetapi apa terjadi selepas couple? clash, carik org lain, clash lagi, carik lagi. clash lagi. sampai bila nak mcm ni?
"dia couple, aku pon nak couple lah". mungkin ini apa yang sebenarnya anda fikirkan. namun couple perlulah dengan cara yg betul n niat yg baik..

Dari pengalaman aku bercouple memberi banyak keburukan drpd kebaikan. aku x kata yang aku anti-couple sebab ak pernah bercouple satu masa dahulu.
tapi inilah realiti masyarakat islam malaysia masa kini

Hasil daripada pemerhatian aku bercouple mendatangkan keburukan. antaranya:-
1. maksiat
2. pembaziran
3. persahabatan


1. MAKSIAT
Maksiat disini bukanlah zina sahaja, ia merangkumi semua perkara yang diberi balasan dosa jika melakukannya seperti berdua-duaan, karok sama2, dll.

Sebelum aku mula, buka inbox hp anda, lihat didalamnya, ada x mesej2 "private" yang cuma anda dan pasangan anda sahaja boleh baca. kalau ada, delete cpt2, sbb kalau kantoi dgn aku susah jadinya.
bagi yg x da, aku ucapkan tahniah kerana korang dah lps lvl pertama.
bagi yg penuh dengan kata2 nasihat dan tazkirah, teruskan perkara baik tersebut.

Bersembang perkara lucah ketika ber-sms dgn pasangan
betul ke benda ni berlaku kpd remaja2 "islam" di mlysia? siapakah mereka2 ini? adakah mereka orang yg tidak mmpunyai wawasan? adakah mereka tidak berpelajaran? adakah mereka jahil dan tidak tahu hukum hakam islam?

Aku berani jamin hampir 75% mereka yang bercouple sembang lucah dalam sms. aku x kata anda begitu, tapi mmg ada. wajib percaya. kalau x percaya, cuba cek inbox rakan anda sekarang. kalau dia berat jer nak bagi, bermakna ada la tu kot. btw, always think +ve.

Inilah realiti, bukan main2, bukan reka2:

sample 1: seorang mat rempit, kaki lepak, kaki pukul, kadang2 minum arak, pernah "MENEBUK" perempuan, x salah kawan dengan orang nakal, asalkan kita x terikot2 dgn dia, jadilah macam ikan di laut, walaupun air laut tu masin, ikan tersebut x masin. pernah sekali dia ajak aku g METRO, rumah pelacuran kat teluk intan. katanya "jom la din g usha2 metro, ala, carik pengalaman jer, bukan mahal pon, RM30 jer", kejadahnye? ingat aku kapir ke? come on la, ak islam bro(dia pon islam jugak, tapi..). Pernah banyak kali lepak sama2, x best la lepak kalau x da "ice". even budak fom 3 pon join meng"ice" tu. apa itu ice? ganja. katanya "cuba la din, layan beb". ya allah, apa nak jadi diorang ni. rokok pon aku x isap, ice lagi la haram aku nak pegang. kalau yg ni 100% sembang lucah. aku harap dia diberikan hidayah. perempuan diluar sana, berhati-hatilah dengan makhluk seperti ini. kerana mereka hanya suka bermain2 denganmu. bak kata pepatah "habis madu, sepah dibuang".

sample 2: seorang pelajar sekolah harian tingkatan 3, biasa2 jer, x baik, x jahat, suka kacau perempuan. siap dengan bangga lagi tunjuk kat aku yg dia sms lucah dgn aweknyer. logik ke? moga dia berubah juga.

sample 3: seorang pelajar universiti yg bertitle "ISLAM", nampak baik, suka pakai kopiah (macam hafiz tapi bukan hafiz), sopan, kata2 yg elok2, facebooknya dihiasi tazkirah, nasihat masyaallah "baiknyer". tetapi, di belakang tirai turut sama bersms lucah dgn pasangannya. kemana hilangnya rupa islamic yg dipaparkan kpd smua. ternyata luar elok dalam busuk.

sample 4: seorang pelajar universiti terkenal di malaysia, bekas pelajar MRSM, 9A smp, A1 PENDIDIKAN ISLAM. namun turut sama syahid di medan perang sms. bijak pelajaran tetapi kurang bijak mengawal nafsu.

sample 5: seorang pelajar universiti yg bertitle "ISLAM", bekas belajar SMKA terkenal, baik, selalu mengaji, sembahyang berjemaah di masjid, aku boleh katakan ini ialah rakan sejatiku kerana dialah yg mengajak aku melakukan kebaikan, menyedarkan aku tatkala aku dihanyutkan godaan dunia. pasangannya juga pelajar u, bekas pelajar SMKA.
permulaan couple yang baik, diisi sms dgn kata2 islamic, tazkirah, renungan, peringatan. aku mmg respek mereka, namun, tsunami melanda, panas yang kusangka sampai ke petang rupannya hujan lebat di tengah hari. habis basah kuyup aku dihujani.
pada minggu kedua, sudah mula perkataan itu dan ini dibincangkan. lebih rancak lagi pada minggu ketiga, bagaikan pasangan yang baru bernikah. ligat bersembang perkara2 lucah. astagfiruwllahhalazim. kau belajar agama dah brapa tahun? dua minggu jer dapat tahan? aigooo..nafsu oh nafsu. ilmu agamanya ntah pergi kemana. sepatutnya, permulaan yg baik diakhiri dgn baik, tapi, bencana pula yg berlaku..

Kpd sample 2 hingga 5 diharapkan mereka tidak terlibat dengan zina. hanya allah shaja yg tahu jika mereka melakukannya. semoga mereka berubah dan diberikan petunjuk oleh allah..insyaallah..

Anda bagai mana? sampel 1? x mungkin sebab anda berpelajaran, berwawasan. sample 2? mustahil sebab korang sekolah gempak2, mrsm, sbp, masuk u lagi tu. sample 3? sample 4? sample 5?

Aku harap, korang x da la macam ni ya, sbb aku tau korang baik2 belaka, berniat baik, dll. bagi yg "ter-send" sms lucah tu, ajak la pasangan korang tu bertaubat. ingatlah allah maha mengetahui. kalau x kantoi sekarang, kantoi di akhirat. kantoi sekarang boleh bertaubat, diakhirat?. allah sahaja yg tahu azabnya.

BERGAYUT X INGAT DUNIA.
Tiap2 hari mesti kena call si dia. rindu la dgn suara dia, x dengar suara dia sehari boleh demam. kejadahnyer? apa pulak yg disembangkan dalam bergayut tu? korang pernah gayut, korang jawab la sendiri.
Ingat lah kawan2, kita ada agama ada hukum. pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dijaga. aku malas nak cakap panjang sbb korang smua educated. dah blaja, dah tahu hukum. tggal nak apply jer.

Apa yg korang sembangkan ketika bergayut tu aku x tau, sbb aku x pernah mencurik dengar perbualan org d telefon. aku harap bukanlah benda2 lucah yg disembangkan.
ada ilmu, apply la yek. selamat mengaplikasikannya..


2. PEMBAZIRAN
Membazir amalan syaitan, semua tahu. btol x? tapi tahu hanya tahu, (tauhu) sedap dimakan, x amalkan samalah seperti pokok padi yang tidak mengeluarkan hasil. maka tidak asinglah ia seperti semak di tepi jalan. apa gunanya, racun je, bakar ke. kdg2 ada jugak terbazir. aku cuba sedaya upaya untuk tidak membazir.

Berapa kali korang topup seminggu? brapa banyak korang topup? 10? 20? 30? puluh2 ribu? brapa lama korang gayut? sejam? duajam? jam dinding?
anda ada jawapannya.

Aku? percaya atau tidak rm10 yg aku topup boleh tahan 3 minggu, klu nasib baik 4 minggu. aku topup 18 mac yg lepas, tadi aku cek ballace celcom ckp berbaki rm3.07, sah sehingga 16/3/2016 (upax). mintak maap kat mak aku sbb aku jrg call dia, sms lagi saving.
korang mcm mna? rm10 brape jam boleh habis? jawab lah sendiri

Seorang temanku topup rm20 sehari. bia btol? x percaya sudah, tapi nilah realiti. rm10 untuk dia n rm10 untuk awek kesayangannya. itu sehari, sebulan? simple math, 20 X 30hari = rm600, perghh..imba gila..600 jer tok topup sebulan, kalau derma kat rumah anak yatim lagi berfaedah. x pon bagi kat aku ke, ptptn pon ak x dpt lgi ni. adey..

Tu baru topup, bagaimana pula dating? contoh, dating sekali seminggu, sebulan ad 4 mggu.
ketika dating(paling koman): tengok wayang: rm10X2, makan kfc: rm12X2, hadiah: rm30
total dating = rm74 x 4 = rm296
big total = 600 + 296 = rm896 bundarkan jadi rm900 sebulan.

Wow, 900 sebulan, kerja kfc kat tmpt ak pon rm700 je/bulan. duit sapa korang pakai, duit mak bapak korang jugek, duit ptptn, dll..kesian mak bapak korang kerja penat2 then korang bazirkan dwit tu kat awek n balak tersayang, kalau dah sure nak kawin x pa. ini x, japgi clash bermakna pelaburan itu tidak berbaloi. korang ada otak, boleh pk,ada calculator boleh kira, ada duit menabuglah untuk masa dpn, kalau rasa dah banyak sangat duit tu dermakan kat masjid, rmah ank yatim, dll. aku x kata aku slalu derma, tapi at least ada la sikit (rm1000 sebulan) drpd ak pki dwit tu beli benda2 lagha. "chet, x da la smpi 1000, klu 1k pokai la aku. ada la sikit."


3. PERSAHABATAN
Lupa kawan selepas couple. logik ke benda ni? pernah ke berlaku? mcm x percaya jer?
ini realiti, pernah berlaku kat aku dan kawan2 aku yg lain, kena percaya.

Selepas bercouple, dia dah x nampak org lain, nampak hanya awkenya sahaja. betullah bahawa "cinta itu buta". kawannya yg sblom ni sangat2 rapat dibiarkan bagaikan busut di tepi jalan. tetapi busut tidak kisah, busut banyak lagi kawan yg lain yg setia dengan busut yaitu tenggiling dan anai2. setiap malam busut berdoa agar kawannya, semut yg melupakannya itu disedarkan dan pulang ke pangkal jalan. satu hari semut menangis2 bagaikan org yg kematian ibu dan meluahkan kesedihannya. busut x kesah, open minded. semut mennyatakan yg dia dah clash dgn semut betina. busut dah agak, dengan rela hati busut menerima kembali semut. namun selepas itu, semut bertemu lagi dengan semut betina yg lain, kejadian yg sama berlaku. clash dan kemudian mencari busut untuk menemaninya. begitulah apa yang berlaku kepada semut diulangi berberapa kali. namun busut tetap bersabar. diharapkan suatu hari nanti semut sedar kehadiran busut yang hina ini. Ingatlah semut, busut telah lama memaafkan kamu. busut mahukan semut yang dahulu. sadis cerita ak ni. ini adalah cerita realiti dan busut itu adalah aku.

Berebut perempuan sanggup putus sahabat

ada juga berlaku tetapi bukan kpd aku. tapi kepada kawan aku. mcm cerita korea la, berebut awek. tapi korea mana ada gaduh2, org kita siap bawak geng gaduh pasal ape? pasal awek. logik x logik? 101% x masuk akal..tapi berlaku..


KESIMPULAN
aku bukanlah ustaz, aku bukanlah budak dq, aku bukanlah budak irk, aku bukanlah baik sangat, aku bukanlah yg terbaik, aku cuma insan lemah yg diberikan kesedaran untuk menegur saudara2 seislamku. adalah KEWAJIPAN bagi setiap muslim untuk memperingatkan, menyedarkan, menasihati sahabat muslim yg lain. aku hanya boleh menasihati dan allah yg mmberikan petunjuk. walau berjutakalipun aku mengajak korang berbuat baik, tanpa petunjuk dari allah benda yg ak buat tu useless. tapi at least aku ada tegur, nnti mungkin lepas soalan allah kat akhirat.

Inilah sebabnya aku masih fobia untuk bercouple, aku takut aku tidak dapat menahan nafsu durjanaku ini. kepada sipulan binti sipulan, maafkan aku kerana tidak dapat membalas cintamu yg suci itu. aku memerlukan sedikit masa untuk membina anti-virus dalam diriku ini supaya ia dapat melawan virus, trojan, malware dan spyware yang boleh menjejaskan imanku. diharap kau boleh bersabar, kalau x sabar, g la carik org lain. sbb diriku ini x da apa2 kelebihan untuk dicintai. kepada Noryati binti Kusin*, terima kasih kerana mendidikku, ingatlah bahawa aku sentiasa mencintaimu hingga ke syurga. terima kasih atas cintamu terhadap diriku yg tidak pernah berbelah bahagi. love u so much.

Aku x kata couple hanya mendatangkan keburukan, ia juga mendatangkan kebaikan kpd sesiapa yg berniat murni. mereka ini perlu dicontohi. diharapkan pasangan seperti ini dpt mendirikan rumahtangga dan bahagia hingga ke akhir hayat, insyaallah..

Kepada para pasangan couple diluar sana, aku bukanlah mengharamkan couple. tetapi bercouplelah dengan cara yang betul tanpa melanggar hukum2 islam.


nasihat aku:


=> amalkanlah islam dengan sepenuhnya

=> beramallah dengan ilmu agama yg dipelajari

=> jagalah pasangan anda dengan baik jika anda betul2 serius

=> pulanglah ke pangkal jalan, kerana allah sentiasa menerima taubat daripada hambanya

=> maafkanlah rakan2 seislam kita jika mereka melakukan kesilapan kerana nabi juga ampunkan umat

=> jadilah seorang mu'min dan bukan hanya seorg muslim

=> dont judge a book by its cover, terutamanya fecebook


Ada yang berkata "aku masih muda, nak enjoy dulu, nanti dah kawin aku taubat la". kau tahu ke bila kau mati? kau tau ke bila malaikat maut nak tarik nyawa kau? dah cukup ke amalan kau untuk dibawa ke akhirat kelak? hah, enjoy lah kau puas2, aku dah nasihat, x nak dengar sudah.

anda pasangan couple yg bagaimana?, tanyalah diri sendiri, tepuk dada, tanya iman.


Akhir kata, aku nak minta berjuta2 kemaafan jikalau ada yang terasa, tersentak, terkedu, terkejut, termakan hati dan segala jenis ter-. tujuanku bukanlah untuk memburukkan mana2 pihak, universiti, mrsm/sbp(aku pon dak u dan ex-mrsm jugek) mahupun individu. supaya ini menjadi contoh dan pengajaran kpd yg lain. sekian sahaja dari aku sollehudin bin sapari, 1013209, 900315-08-6173, (sory, no tentera x dpt lgi)..sekian, tq..

p/s: apa perasaan korang lps baca smua2 ni? ak x kesah ap korang nak ckp, nk ckp ak poyo ke? aku hipokrit ke? apa2 sekalipon, yg penting nilah dia luahan ikhlas dari hati yg dimiliki oleh seorg insan yg lemah
tolong jangan babitkan sample-sample diatas dengan sesiapa, biarkanlah ia rahsia. aku x nak mengaibkan org
Noryati binti Kusin kat atas tu ialah mak aku, love u mom..
TOLONG SEBARKAN, KERNA DAKWAH ITU WAJIB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...