hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

TuneUp Utilities 2011™


Assalamualaikum semua..
Kali ni aku nak share software lain pulak, TuneUp nama dia. Dulu masa aku mula2 pakai pc, software ni mmg sangat membantu aku. Sebab aku malas nak cek 1 1, aku guna software ni je untuk cekkan komputer aku

Pengalaman Yang Tak Dapat Aku Lupakan

Banyaknyer la pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Bila melihat parut2 kat badan aku, 1 per 1 peristiwa itu terbayang dimata.

Sewaktu berumur 3 tahun, kaki kananku dicium api. Masa tu kecik2, tak tahu pon api ni panas. Main2 api dengan 2 orang abang aku. Best sangat masa tu. Bakar pelepah pisang yang kering dan main lawan2 pedang. Lawan punya lawan, pedang abg sulungku melekat kat kaki aku. Kecik2 kulit tipis, habis melecur kakiku yg hensem ini..haha..

Selamat Datang Ramadhan



Sedar tak sedar ramadhan dah nak dekat. Hari ni 22 rejab, ada 38 hari lagi kita umat islam nak menyambutnya. Gembira tak korang?. Bagi orang mu'min, mereka akan sangat gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ramadhan. Ada juga mereka yang sangat benci bulan ramadhan, bagi mereka ramadhan hanyalah menyeksa diri mereka, membebankan dan menyusahkan, maka mereka ini adalah orang munafik. Moga kita tidak tergolong dalam kelompok munafik ini.

Para Sahabat dahulu kala akan berdoa 6 bulan sebelum ramadhan begitu juga 6 bulan selepas ramadhan. Bertapa mereka menantikan ramadhan ini. Mereka berdoa supaya sampai ke ramadhan tahun itu, selamat di ramadhan tahun itu dan juga berdoa agar segala ibadah pada ramadhan itu diterima oleh Allah. Tapi bagaimana pula kita kini? masih ramai yang lena dibuai mimpi. Tak sedar pun ramadhan dah dekat. Yang lagi sedih tak ambil kisah pon bulan ramadhan. Lagi keji tak puasa pon pada bulan ramadhan, kalau puasa pon tidak, ibadah lain lagi la berat nak buat. Janganlah jadi begitu yek.

Apa yang BEST Ramadhan ni?
Bagi orang cina, mereka sangat seronok pabila tibanya bulan ramadhan. Sebab pada bulan ramadhan banyak makanan yang enak2 dijual. Bazar ramadhan, bulan lain memang tak jumpa. Kuih muih yang sangat "rare" dan kita tak kan jumpa pada bulan lain. Macam2 jenis dan pelik2 namanya. Kadang2 kita pon tak pernah makan. Bagi orang melayu pula, ramadhan ni la yang best. Boleh melantak puas masa berbuka. Dah puasa setengah hari tapi berbukanya mengalahkan raja parsi makan. Macam2 lauk dan kuih muih. Pembaziran disitu. Raya lagi la best, raya sakan, puasa sebulan, tapi raya kalau boleh nak extend jadi 2 bulan. Rumah terbuka lah, jamuan hari raya lah, macam2, padahal ntah puasa ntah idak.

Bagi mu'min pula, mereka bergembira kerana ramadhan adalah bulan ibadah dan tiada bulan lain sepertinya. Kerana :-

1. Terdapat 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, lailatul qadar.

Nabi bimbang, kerana umur umatnya singkat jika dibandingkan dengan umat sebelumnya yang hidup beribu tahun. Maka ibadah umat muhammad sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan umat yang hidup beribu tahun itu. Maka Allah mengurniakan malam ini yang tidak dikurniakan kepada umat terdahulu. Dengan adanya malam ini, kita dapat menyamakan amalan kita dengan umat terdahulu. Berusahalah untuk mendapatkan malam ini, tidak mudah tetapi tidak mustahil untuk kita jumpa jika ada usaha. Insyaallah..

2. 1 amalan sunat bersamaan 1 amalan fardhu.

Tidak kira apapun amalan sunat yang dilakukan, ganjarannya bersamaan dengan 1 amalan fardhu pada bulan2 lain. Perbanyakkanlah amalan sunat pada bulan ramadhan. Pulun jangan tak pulun, dhuha, qabliah, ba'diah, tarawih, macam2 lagi.

3. 1 amalan fardhu bersamaan 70 amalan fardhu pada bulan biasa ganjarannya.
Setiap amalan fardhu yang kita lakukan akan dibalan 70 kali ganda ganjarannya. Bayangkan jika solat 5 waktu sehari, 5 X 70 = 350. Digandakan pula dengan 27 jika kita solat berjemaah 350 X 27 = 9450. Wow, dekat 10K sehari. Banyak tu. Siapa yang tak nak. Bulan lain mana dapat macam ni. Bagus tak ramadhan? so, jangan terlepas peluang ini yek, mohle kite solat ramai2 di masjid/surau.

4. Dibebaskan daripada api neraka jika menjamu orang berbuka puasa.
Tak kira apa yang kita jamukan kepada orang yang berpuasa dijamin bebas daripada api neraka. Walau seketul kurma sekalipun, walau hanya segelas air kosong, asalkan ia ikhlas maka bebaslah dari api neraka. "Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yang memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: “Allah akan menganugerahi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air". Daripada kita membazir eloklah jika diberikan sedikit kepada rakan kita. Orang yang menjamu makan juga akan diberi ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.

5. Syaitan dan jin akan dibelenggu.
Tapi mengapa masih ada maksiat pada bulan ramadhan? Itu bukanlah hasutan syaitan, manusia itu sendirilah yang syaitan. Janganlah jadi syaitan yek.

6. Pintu syurga dibuka seluasnya dan ditutup pintu neraka.
Ada yang mengatakan, pada bulan ramadhan siksaan kubur akan dihentikan.

7. Ibadah umrah sama ganjarannya dengan ibadah haji.
Kepada yang mampu, pergilah umrah. Kerna umrah pada bulan ramadhan sama ganjarannya dengan haji. Tetapi wajib haji tidak terkecuali.

Puasa ini adalah amalan yang paling mulia dan membuktikan keikhlasan diri kepada Allah. Jika ibadah lain, orang boleh nampak. Kita boleh cakap kita puasa, tetapi di belakang orang kita makan. Orang bukan tahu pon kita makan dalam bilik, kita meneguk air dalam tandas. Hanya allah yang tahu bertapa ikhlasnya kita berpuasa. Puasa juga dapat menyihatkan tubuh badan. 11 bulan kita melantak, bulan puasalah masanya kita nak suruh perut kita rehat. Macam engin kereta jugak, kalau dilantak hari2 tanpa rehat, sure cepat rosak dan mungkin jahanam terus tak boleh pakai. Perut kita pon perlu rehat.

Ramadhan bulan mulia. Siapa yang tidak beramal didalamnya adalah kerugian yang teramat besar sekali. Dan jika mereka tahu kebaikan bulan ramadhan itu, maka mereka akan meminta supaya setahun itu adalah ramadhan. Istimewanya ramadhan ini. Jangan kita lepaskan peluang keemasan yang tidak akan ada pada hari2 biasa. Kerana mungkin kita tidak bisa bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang.

Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi ramadhan ini. Seperti tentera yang mahu pergi berperang, persiapan fizikal dan mental sangatlah diperlukan. Latihlah perut anda berpuasa supaya tidak "pancit" di bulan ramadhan nanti. Latihlah diri anda membaca al-Quran, supaya tidak gagap pada bulan ramadhan kelak. Latihlah diri anda melakukan solat2 sunat, agar ringan tulang anda melakukan solat2 sunat di ramadhan kelak. Latihlah tangan anda menghulurkan wang ke tabung2 derma, agar lagi penuh tabung2 itu di ramadhan nanti.
Sekian saja dari Sollehudin, selamat beramal.



p/s: jangan ingat nak raya je, ramadhan lagi best tau.

Lindungi Wanita

Dulu aku pernah terbaca buku yang bertajuk "30 Wasiat Nabi" (kalau x silap aku la, sebab dah lama aku baca buku ni, hampir 2 tahun). Wasiat pertamanya adalah lindungi wanita. Aku sempat baca kejap je sebab masa tu tunggu imam mula solat kat masjid. Sayangnya, esoknya aku carik buku tu dah tak jumpa.

Daripada apa yang aku baca dan apa yang aku ingat, perempuan memang perlu dilindungi. Daripada yang kita sedia maklum, perempuan ni adalah insan yang lemah. Sebagai lelaki, kita memang sangat perlu melindungi golongan hawa ni.

Gelagat Perempuan Memandu Kenderaan

Korang pernah tak naik kereta yang dipandu perempuan? Kalau mak aku bawak kereta, dia akan bawak dengan penuh sopan santun. Segala peraturan jalan raya dipatuhi. Skema la orang cakap. Nak tukar lorong pon bagi signal. Padahal tak da orang pon kat belakang tu. Begitulah bertapa sopannya mak aku bawak keta. Kadang2 tu tension jugak sebab dia terlalu mengikut peraturan mengalahkan pegawai JPJ.

Pernah jugak aku naik dengan jiranku. Tak padan dengan perempuan, bawak kereta macam pelesit. Aku pon kalah, kalau boleh semua kereta dia nak potong. Seram sejuk jer ak naik dengan dia. Mak aku pon pernah cakap yang dia memang bawak kereta macam tu.

CCleaner : Tukang Sapu Komputer

CCleaner antara software yang wajib ada pada komputer aku. Macam rumah juga, komputer kita memerlukan tukang sapu untuk memudahkan kerja2 pembersihan dilakukan. Software ini memudahkan kita untuk membersihkan komputer kita dari sebarang file yang tidak berguna, internet history dan banyak lagi.

Hanya dengan menekan butang Analyze, ia akan menyenaraikan segala jenis makhluk yang dikira "sampah". Kemudian tekan je Run Cleaner, setel, komputer anda sudah bersih dan berbau wangi semerbak haruman di hotel 18 bintang. Pembersihan ini secara tidak langsung dapat melajukan lagi operasi windows dan juga mengosongkan harddisk anda.

Perkara Pelik Tentang Aku

Ape yang pelik sangat tu? Aku pon tak tau mengape begini dan mengapa begitu. Mungkin itu kelebihan aku atau sebaliknya.
K, kalau korang nak tau, aku ni insan yang agak pelik. Aku pon pelik mengapa aku begini. haha..pelik kan?

1. Aku jarang berkipas.
Kipas angin kat bilik aku ni besar, tapi boleh kira berapa kali aku hidupkan sebulan. Tak kiralah pagi, tengahari atau malam, aku tak akan on kipas melainkan ada tetamu. Kalau orang masuk kompakment aku, mesti diorang cakap "panasnyer tempat kau". Soalan aku, sekarang ni siapa yang panas? Korang atau aku? Yang lagi peliknya, tidur tengahari dah la tak pasang kipas, berselimut pulak tu. pelik kan. haha..

PC On But No Display

Semenjak aku mencebur diri dalam dunia per"desktop"pan ni, masalah pc on tapi tak ada display memang selalu terjadi. Aku pon dah banyak kali mengalami masalah macam ni. Kadang2 tu buntu sebab semua cara dah buat tapi masalah tetap tak selesai.

Masalah ni biasannya terjadi disebabkan hardware komputer korang. Mungkin ada hardware yang rosak, salah pasang, berhabuk dan mungkin juga hardware tu "merajuk" dalam istillah aku. Aku pernah mengalami kes merajuk ni, dengan mobo(motherboard) yang harganya 1k++, ASUS Maximus ll Formula. Mobo ni tak rosak tapi still no display slps aku buat semua cara yang aku tau. Sifu aku cakap mungkin dia merajuk dan dia suruh aku biar 2 3 hari. 2 3 hari kemudian aku test dan ternyata elok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...