hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Khutbah Jumaat (7/12/12) PI UITMPP

assalamualaikum semua..

bersyukur kita kepada ALLAH kerna masih memberikan peluang untuk kita terus hidup di dunia ini untuk mengumpul bekalan untuk hari akhirat nanti..bersyukur juga kita masih berada dalam keaadaan islam dan beriman, i allah..allah maha besar lagi maha pemurah, dia masih lagi memberikan peluang untuk kita bernafas di pagi hari..berapa ramai manusia yg x dapat menghirup udara segar di pg hari ini.

Bersyukur juga kerna mata kita masih boleh melihat, boleh melihat keindahan, kehebatan, kebesaran dan kekuatan kuasa allah. Jadi, kita perlulah menggunakan segala nikmat allah ini dengan sebaiknya. Layakkah kita melakukan kemaksiatan kepada-Nya sedangkan pelbagai nikmat sudah diberikan kpd kita. I allah sama2 kita tarbiah diri masing2.

Uizzzz..panjang gak tu, baru mukadimah..hehe..

ok, point hari ni nak sentuh pasal Khutbah jumaat lepas, ni baru free nak tulis. Khutbah lepas di pusat islam uitm pulau pinang berkisar tentang orang yang muflis di akhirat. Siapa golongan muflis ni? Adakah mereka jahat semasa d dunia? adakah mereka melanggar perintah Allah?

Baiklah, kalau d dunia orang muflis ni susah hidupnya, nama dah black list. Nak kerja pun susah, nak pinjaman bank memang mustahil, nak beli kereta kena guna nama orang lain. Tu kisahnya muflis di dunia. Bagaimana pula muflis di akhirat?

Orang yang muflis di akhirat sebenarnya adalah orang yang banyak melakukan amal soleh, tapi dalam masa yang sama dia melakukan maksiat dan menyakitkan hati saudara-saudaranya. Macam mana boleh jadi muflis ni? Mereka melakukan ibadah, dosa juga dilakukannya, jadi dosa amalan buruk itu lebih berat timbangannya dari pahala amalan baik. Maka ke nerakalah tempatnya. Nauzubillahhh..

Pabila dia menyakiti atau menganiaya orang lain, dia akan diberikan dosa. Bukan itu saja, dia akan menanggung dosa-dosa orang yang di aniaya itu. Contoh seorang yang dianiaya ni dosanya tinggi gunung kinabalu. Dapat pulak dia ni suka aniaya orang, contoh 10 org dianiaya. Tak ke sepuluh gunung kinabalu dosa orang lain terpaksa ditanggungnya. Tu blom masuk dosa diri sendiri, dosa usha aurat awek cun, dosa tengok benda2 lucah, dosa bercakap perkara2 lagha.

Jadi, sama-samalah kita pebaiki diri sendiri. Janganlah jadi orang yang muflis di akhirat. Biar muflis d dunia jangan muflis di akhirat. Sama2 kita jadi baik k..islam itu indah, islam is the way of life..amalkan islam sepenuhnya..allahuakbar..

mana yg baik datangnya dari allah dan mana yg buruk datangnya dari kelemahan diri saya yg hina ini. Jika ada kesilapan jangan segan untuk menegur saya..bye..

assalamualaikum..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...