hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Ya Allah, Aku Tidak Mahu Menjadi Pemimpin Al-Basrah..

Ini adalah salah satu kisah yang terdapat dalam buku Himpunan Kisah Benar tapi Pelik karya Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Dah lama dah beli, setahun lebih. Tapi tak habis-habis baca. Maklum la, minat membaca ni tak istiqamah, kejap ada kejap tak da. Sebab iman turun naik pun ye. Susah btol nak jaga iman ni..hmmm..

Kisah ni baru baca malam tadi, sebelum tido baca sat satu kisah. Orang kata kalau nak senang tido baca buku sejarah. Sejarah dengan sirah tu lebih kurang la kan. Tapi malam tadi baca rasa makin hilang ngantuk ada la, sebab nak baca lagi bab lain. Tapi disebabkan dah lewat tido jugak lah.

Kisah ni menceritakan tentang seorang sahabat nabi yang bernama 'Utbah bin Ghazwan. Berkisar selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. yaitu ketika para sahabat mula memperluaskan kuasa Islam. Terjadi ketika tentera islam mahu menghapuskan tentera Parsi, tetapi usaha mereka sentiasa terhalang disebabkan bantuan ketenteraan dari bandar al-Ubullah. Bandar ini berdekatan dengan al-Basrah dan selepas perluasn kuasa bandar ini diletakkan di bawah pentadbiran bandar al-Basrah.

Al-Ubullah perlu dihapuskan bagi memudahkan tentera Islam menewaskan tentera Parsi. Kemudian khalifah pada ketika itu telah melantik 'Utbah untuk mengetuai sebahagian kecil tentera Islam dalam misi menawan bandar itu. 'Utbah ni bukan sembarangan sahabat; beliau tidak pernah sekalipun menguzurkan diri daripada menyertai perperangan bersama dengan Rasulullah. Beliau memiliki kemahiran memanah dan bermain pedang yang luar biasa. Beliau juga terlibat dalam hijrah yang pertama ke Habsyah, sebelum ke madinah. Paling utama, keislamannya mendahului kebanyakan sahabat yang lain termasuk khalifah sendiri.

Tentera Islam yang dihantar pada ketika itu sangatlah sedikit; tidak melebihi 400 orang. Tetapi tugas mereka sangat besar iaitu menawan bandar al Ubullah yang merupakan kubu kuat tentera Parsi. Mereka juga perlu menghalang penghantaran bantuan tentera Parsi. Dengan bilangan yang sedikit itu tidak menggentarkan hati mereka kerana keimanan yang kukuh.

"Berapa banyak(yang pernah berlaku), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar."(al-Baqarah - 249)

Strategi 'Utbah sangat simple, pada masa itu ada isteri-isteri tentera Islam yang turut serta. Para isteri disuruh membawa tanah yang berdebu dan berjalan di belakang rombongan tentera lelaki. Mereka berperanan memijak-mijak tanah dan menepuk-nepuk tanah yang berdebu tadi bagi menaikkan debu-debu ke udara. Situasi ini adalah seperti rombongan berkuda yang ramai di belakang rombongan tentera yang berjalan kaki. Tipu daya ini berjaya dan tentera musuh ketakutan dan melarikan diri. Mereka berjaya menawan bandar itu dengan mudah.

Di bandar itu terdapat begitu banyak harta yang ditinggalkan oleh tentera musuh. Lalu digunakan harta yang banyak itu untuk membina sebuah bandar Islam yang baru dimulakan dengan pembinaan sebuah masjid. Sedang para sahabatnya sibuk mengumpul tanah, beliau hanya berpada dengan khemah yang didirikan sejak awal kedatangannya. Beliau mengamalkan kesederhanaan dari segi makan dan minum serta pakaiannya. Ini kerana beliau takut diracuni perasaan al-Wahnu yang disifatkan nabi sebagai wabak yang berbahaya yang akan menimpa umat ini. Al wahnu ialah virus cintakan dunia dan takutkan mati.

Kemudian beliau melantik seorang gabenor bagi memerintah bandar yang baru itu. Beliau sangat tidak mahu menjadi pemimpin Al-Basrah sehinggakan beliau merayu kepada Khalifah Umar di Madinah. Namun rayuannya ditolak. Lalu beliau berdoa kepada Allah.
Katanya, "Wahai Tuhan, selamatkanlah aku! Aku tidak mahu kembali kepadanya"

Doa beliau dimakbulkan oleh Allah. Dalam perjalan pulang ke Basrah, haiwan tunggangannya terpelecok menyebabkan beliau jatuh dan patah tengkuknya.

Pengajaran daripada kisah ini:

-Urusan kemenangan adalah urusan Allah. Kita perlu yakin dengan Allah; adakah kita yakin dengan Allah?
-Besederhana dalam hidup adalah sangat perlu.
-Hindari penyakit cinta dunia dan takut mati
-Bukan mudah menjadi pemimpin; kerana kita mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.
-Orang yang sabar akan dibantu oleh Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...